Sebar Gambar Bayi Kembar Tanpa Kebenaran, George Clooney Saman Media

Aktor terkenal Hollywood, George Clooney, 56, dilaporkan akan mengambil tindakan saman terhadap pihak media yang merakam dan menyiarkan wajah anak kembarnya tanpa kebenaran dalam sebuah majalah.

Menurut laporan Aceshowbiz, Clooney menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan dan menggangu privasi keluarganya.

“Saya akan membawa perkara itu ke muka pengadilan serta menyaman majalah Voici kerana telah menyiarkan gambar anak kembar saya.

“Seorang jurugambar dari majalah berkenaan telah memanjat pagar kediaman kami sebelum merakamkan foto bayi kami tanpa izin.

“Gambar tersebut juga telah disebarkan oleh mereka dan menyebabkan ahli keluarga kami berang dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka.

“Tujuan kami ingin mengambil tindakan terhadap majalah tersebut adalah demi keselamatan anak-anak yang baru dilahirkan itu,” katanya.

George telah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Amal Alamuddin di Venice, Italy, pada 2014.

Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata kembar diberi nama Ella dan Alexander, pada 6 Jun lalu. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *