Shaheizy Sam Tunggu Laporan Penjelasan Dari LHDN

“Ejen cukai saya naik turun pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapat tahu perkara sebenar. Jadi, saya kena tunggu penjelasan mereka sebelum mengulas lanjut.”

Begitu reaksi bintang popular, Shaheizy Sam apabila ditanya kontroversi foto yang memaparkan iklan notis muflis dipercayai membabitkan dirinya, tersebar di laman sosial, sejak beberapa hari lalu

Sejak iklan notis kebankrapan terbabit menjadi viral, netizen mula membuat spekulasi berhubung kedudukan kewangan Sam dan berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan pelakon Interchange itu.

Memberitahu BH Online, Sam mengaku tiada sebarang notis diterimanya daripada LHDN mengenai perkara itu.

“Saya sedang menunggu penjelasan LHDN kerana tiada notis dikeluarkan selama ini.

“Malah, kira-kira dua atau tiga minggu lalu, ada wakil daripada LHDN datang ke rumah untuk berjumpa. Namun, mereka tidak pula memaklumkan perkara ini kepada saya,” katanya. – beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *