Skuad terjun negara menyumbang emas kesembilan

KUALA LUMPUR: Gandingan negara Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas kesembilan dalam acara terjun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Wendy dan Nir Dhabitah ternyata tiada tandingan apabila mengumpul 304.71 mata untuk emas, diikuti gandingan Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fonf Kay Yan yang mengumpul 236.76 mata untuk perak.

Pingat gangsa dimenangi pasangan Indonesia Eka Purnama Indah-Linadini Yasmin dengan jumlah 223.56 mata.

Pada aksi Selasa, Wendy-Nur Dhabitah mengumpul 47.40, 48.00, 68.40, 71.61, dan 69.30 mata dalam lima terjunan yang dilakukan.

Nur Dhabitah yang mengalami kecederaan pada Sabtu lepas sebelum beraksi dalam acara 3m papan anjal individu, sedikit pun tidak menjejaskan prestasinya pada Selasa.

“Saya sudah semakin pulih tapi jurulatih mahu saya teruskan banyak berehat serta jalani fisioterapi. Nasihat doktor agar saya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan. Selepas habis acara hari ini, saya dan semua team terjun akan berehat sebelum berbincang mengenai perancangan seterusnya,” kata atlet berusia 18 tahun itu.

Sementara itu, Wendy berkata beliau sangat gembira kerana berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada edisi 2015 di Singapura.

“Saya sungguh teruja seakan-akan terjun seakan-akan menyapu bersih pingat emas,” katanya.

Setakat ini, skuad terjun negara meraih sembilan emas, lima perak dan satu gangsa.

Sumber – Bernama/Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *