Suku Konyak Naga Generasi Terakhir Suku Indian yang Masih Hidup

Suku Konyak Naga yang merupakan generasi terakhir untuk Suku Indian hidup secara bersembunyi di sebuah perkampungan terpencil bernama Longwa. Meskipun terpencil, kampung itu merupakan rumah kepada suku yang terkenal dengan karakter yang ganas dan dikenali dengan tatu di muka.

Longwa merupakan hutan tebal di Myanmar yang memisahkan diantara Myanmar dan India. Suku Konyak Naga itu merupakan komuniti masyarakat dari 16 suku yang tersebar tinggal di bahagian terpencil timur Nagaland, India.

Menurut BBC, Suku Konyak adalah pejuang pada zaman dahulu yang sangat kejam kerana mereka akan mengunakan keganasan untuk mengambil alih sesuatu perkambungan. Kampung milik mereka pula terletak di atas bukit supaya mudah untuk mereka memantau dan mengkaji serangan musuh.

Selain itu, Konyak juga merupakan pemburu kepala yang paling tidak diragukan. Mereka akan membunuh dan mencabut kepala musuh mereka sebagai lambang kejayaaan untuk seorang anak lelaki sejati.

Kejayaan dapat membunuh dan mencabut kepala musuh akan diabadikan dengan cara melukis tatu pada muka sebagai tanda pencapaian yang cemerlang. Tatu pada wajah itu berwarna hijau dan bercorak unik seperti memakai ‘face mask’ kerana ia berada di sekeliling muka.

Mayat hasil dari pertempuran dan pemburuan mereka pula akan menghiasi dinding rumah mereka. Kerbau, rusa, babi huta, burung dan juga mithun iaitu spesis lembu yang hidup di India Timur akan disusun secara kemas dan dilekatkan di dinding rumah.

Tulang-tulang itu akan diwariskan kepada generasi pemburu yang seterusnya. Sebelum ini, mereka juga menyusun tengkorak musuh mereka di dinding rumah tetapi selepas mendapat perintah daripada kerajaan, mereka telah membuang dan menanam tengkorak itu.

Rumah Suku Konyak pula diperbuat daripada buluh. Mempunyai bilik yang sangat luas untuk pelbagai kegunaan termasuklah memasak, makan, tidur dan tempat menyimpan barang.

Keperluan seperti sayur, jagung, dan juga daging akan disimpan di bahagian atas pendiang di tengah-tengah rumah. Beras yang menjadi makanan rasmi kepada suku Konyak pula akan disimpan di dalam bekas buluh yang besar di belakang rumah. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *