Surat Kebenaran Menikah Di Malaysia Laudya Cynthia Bella Tersebar

Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dilaporkan telah meminta surat kebenaran bernikah di Malaysia.

Surat kebenaran tersebut dikatakan sudah tersebar di internet baru-baru ini selepas dia dikatakan bakal melangsungkan pernikahannya dengan Engku Emran pada bulan hadapan.

Menurut Kapan Lagi, seorang sumber telah mengesahkan Bella telah meminta surat kebenaran untuk bernikah di negara luar.

Menurut sumber itu lagi, pihak keluarga Bella yang hadir meminta surat kebenaran tersebut daripada pejabat urusan nikah di Indonesia.

Pun begitu, dia tidak dimaklumkan bila tarikh pelakon itu akan melangsungkan perkahwinan dengan bekas suami aktres Erra Fazira berkenaan.

Beberapa bulan lalu pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta malah masing-masing hanya menujukkan bayangan bahawa mereka rapat dalam laman sosial sahaja.

Namun kedua-duanya memilih untuk menutup mulut setiap kali ditanya oleh wartawan.

Terdahulu media melaporkan, Bella bakal berkahwin dengan Emran pada pertengahan September ini. – astrogempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *