Syamel AF Suka Berhibur Di Kelab Malam?

PENYANYI Syamel menafikan dakwaan dia gemar mengunjungi pusat hiburan dan mengambil minuman keras.

Syamel ketika dihubungi berkata, dia hanya ke situ jika ia membabitkan tuntutan kerja saja.

 Dia mengakui memang berkunjung ke banyak pusat hiburan di sekitar Lembah Klang, tetapi hanya kerana terbabit dalam persembahan nyanyian anjuran Astro.

“Kalau betul pun saya ingin berhibur, saya suka menonton persembahan ‘live band’,” katanya.

Syamel berkata, dia terkejut dengan dakwaan itu dan menganggap ada pihak sengaja mereka cerita bagi merosakkan periuk nasinya.

“Tak mungkin saya melakukan perkara seperti itu. Saya masih boleh mempertimbangkan yang mana buruk dan yang mana baik. Lagi pun saya menetap bersama keluarga. Ke mana saja saya pergi masih lagi di bawah pemantauan ibu bapa,” katanya.

Syamel berkata, jika ke mana-mana pun dia juga kerap ditemani dua sahabat baiknya.

“Mungkin juga mereka tersilap dengar. Saya sebenarnya bukan berkunjung ke kelab malam, tetapi ke kelab futsal,” katanya. – mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *