Tabung Haji berusaha selesaikan masalah Jemaah yang terkandas

Tabung Haji (TH) sedang berusaha menangani kes jemaah haji yang terkandas ekoran tidak memperoleh visa dan usaha itu mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan Arab Saudi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, kes sedemikian pertama kali berlaku sejak 54 tahun Tabung Haji (TH) menguruskan jemaah haji dan namun hasil hubungan baik antara kedua-dua negara, kes berkenaan walaupun masih ada, tetapi pada kadar minimum.

“TH sedang menanganinya dengan cara terbaik dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan Arab Saudi.

“Kita telah berjaya mengawal keadaan dan menguruskan perkara ini. Ia melibatkan visa yang diproses oleh Arab Saudi dan bukannya TH tetapi kita terpaksa mengambil tanggungjawab kerana ia melibatkan kos penginapan yang akan meningkatkan kos operasi haji tahun ini.

“Setakat ini, kita dapati setiap penerbangan itu akan ada yang tercicir namanya daripada senarai yang mendapat visa yang diproses Arab Saudi.. tetapi alhamdulillah kita dapati ia semakin baik dan kebanyakannya telah berangkat,” katanya kepada pemberita. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *