Tanda anda cuba ‘bermain kayu tiga’ dengan pasangan

Bila bercakap pasal curang ni, ada yang kita sedar kita telah berlaku curang, dan ada juga dalam tidak sedar sebenarnya kita sudah berlaku curang kepada pasangan kita.

Kita rasa perbuatan tersebut sepertinya ianya perkara biasa dan tidak akan membuatkan pasangan kita mengesyaki yang kita sudah berlaku curang. Sebab itu kadang-kadang pasangan kita mula curiga dan bertanyakan soalan-soalan yang bukan-bukan.

Jom kita lihat perbuatan-perbuatan yang boleh membuatkan anda mula curang dengan pesangan tanpa anda sedari.

Menggatal di pejabat

Pergi kerja dengan niat hendak menggatal itu sudah menjadi kebiasaan untuk lelaki, hanya kerana terdapat staf yang cantik dan masih bergetah membuatkan anda mula lupa akan pasangan anda. Pergi kerja dengan niat ingin menyara pasangan anda dan bukan kerana ada niat tersembunyi. Sesungguhnya ALLAH S.W.T tidak menyukai kaum hawa disakiti hatinya.

Selalu berborak dengan rakan wanita di pejabat

Tak salah nak ada rakan berlainan jantina, tapi kalau sampai tahap semua cerita anda kongsikan sampaikan hal rumah tangga pun nak share, perkara lain boleh jadi. Dari teman rapat, boleh bertukar kepada ‘kekasih gelap’. Elakkan daripada terlalu bersosial dengan rakan sekerja, cukup la anda berjumpa di pejabat dan selesaikan permasalahan di pejabat sahaja.

Bersosial dengan rakan berlainan jantina

Dan jika anda mempunyai rakan wanita, elakkan berjumpa secara berdua-duaan. Jika permasalahn itu membuatkan anda harus bertemu dengannya, bawa sekali pasangan anda, jangan pula pergi bersendirian, nanti pasangan anda jadi curiga.

Cerita keburukkan pasangan

Bila dah sampai tahap ceritakan keburukan pasangan ada rakan berlainan jantina pun dah kira curang. Bukan ke anda patut jaga aib pasangan? Hati-hati dalam meluahkan perasaan anda, mungkin saja ada yang akan mencuri perluang dan mula cuba untuk kacau daun. Jaga aib pasangan.

Suka melayan applikasi chatting online

Menurut kajian dari Universiti Gainesville di Florida, Amerika Syarikat, online chatting merupakan punca utama kepada masalah dalam sebuah hubungan. Mula-mula perasan itu hanya suka-suka, tetapi ianya akan mula serius apabila mula berborak berkaitan dengan hati. Jaga-jaga ya, banyak berlakunya berceraian adalah kerana chatting. Tidak kira la di aplikasi Whatsapp atau Wechat sekalipun. Pantau kegiatan pasangan anda.

Jangan terlalu mudah meletakkan hati kepada orang lain sedangkan anda sudah pun berpunya. Jaga perasaan pasangan anda, jangan nanti bila keadaan sudah menjadi kritikal baru hendak menyesal dan meminta maaf.

Sumber: Hanasuva/aliffchannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *