Tandas lebih berbahaya berbanding kilang haram di P.Pinang.

Jangan terkejut apabila boleh dikatakan bahawa, tandas adalah lebih berbahaya dari sebuah kilang haram yang beroperasi di Pulau Pinang. Ini adalah fakta benar kerana hanya di Pulau Pinang sahaja menjadi tempat, dimana kilang-kilang haram boleh beroperasi tanpa sebarang gangguan selama 10 tahun.

Didalam dasar yang ditetapkan oleh kerajaan DAP, kilang-kilang haram di Pulau Pinang boleh beroperasi secara sesuka hati jika ianya dibina sebelum tahun 2008. Tetapi, ada juga kilang haram yang dibenarkan beroperasi walaupun ianya dibina selepas kerajaan DAP ditubuhkan.

Mengikut polisi kerajaan DAP juga, tandas dikategorikan sebagai bangunan yang lebih berbahaya dari pencemaran kilang haram. Buktinya ialah perobohan tandas sebuah cafe di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Tandas tersebut dirobohkan oleh kerajaan DAP kerana dikatakan tidak mempunyai keizinan untuk dibina dan juga menyalahi akta negeri. Namun ramai yang tahu sebenarnya tandas tersebut dirobohkan kerana pemilik cafe berkenaan mengkritik Ketua Menteri DAP.

Apa bezanya diantara tandas yang tak mendapat keizinan untuk dibina dan juga kilang haram yang beroperasi? Bezanya adalah tandas tersebut segera dirobohkan oleh kerajaan DAP, tetapi kilang haram pula dibiarkan beroperasi sejak bertahun lamanya.

Seperti yang kita ketahui, kilang haram yang dibina bukan sahaja memburukkan alam sekitar, tetapi ia juga membahayakan penduduk setempat apabila pelepasan asap beracun dan juga habuk tidak dikawal langsung.

Berbanding dengan tandas, yang mana satu lebih bahaya? Jika anda menjawab kilang haram lebih bahaya, anda salah!! Jawapan yang betul mengikut standart pentadbiran DAP Pulau Pinang ialah, kilang haram tidak berbahaya berbanding tandas haram walaupun kedua-duanya haram!

Inilah perkara-perkara pelik yang berlaku apabila regim DAP memerintah negeri Pulau Pinang. Tak mampu dibayangkan apa lagi benda pelik yang akan wujud jika mereka diberikan amanah untuk mentadbir negara.

Mungkin nanti kita boleh lihat kilang-kilang haram berleluasa di seluruh pelusuk hutan apabila ditakdirkan Pakatan merampas kuasa dari BN. Jangan nafikan kerana ia sedang berlaku di negeri Pulau Pinang. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *