Tebusan warga vietnam berjaya diselamatkan tentera

Manila: Seorang kru kapal warga Vietnam yang menjadi tebusan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina selama sembilan bulan berjaya diselamatkan, kata tentera semalam.

Jurucakap tentera, Jo-Ann Petinglay berkata, tentera menyelamatkan tebusan itu pada Ahad lalu di pulau Basilan selepas meningkatkan operasi terhadap militan berkenaan.

“Tebusan itu berjaya melarikan diri dari militan ketika operasi berlangsung dan askar kami menyelamatkannya dengan bantuan orang tempatan.

“Kami melancarkan operasi berterusan terhadap kumpulan itu termasuk serangan udara. Kumpulan itu kini tertekan,” katanya.

Petinglay menafikan wang tebusan dibayar sebagai syarat untuk membebaskan kru kapal itu.

Mangsa, Do Trung Hieu bersama lima lagi kru diculik pada November lalu ketika kapal kargo mereka berlayar berhampiran pulau Basilan.

Militan memenggal kepala dua kru itu pada bulan lalu selepas gagal mendapatkan wang tebusan.

Seorang lagi kru masih ditawan Abu Sayyaf manakala seorang diselamatkan pada Jun lalu dan seorang lagi terbunuh dalam pertempuran pada Julai.

Sumber- hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *