Trio lelaki negara menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan boling padang

KUALA LUMPUR: Trio lelaki negara menghadiahkan pingat emas kedua dalam sukan boling padang apabila menundukkan Brunei 19-9 dalam perlawanan penentuan pingat emas acara triple lelaki di Pusat Boling Nasional di Bukit Kiara hari ini.

Pasukan negara yang dibarisi Mohammad Syamil Syazwan Ramli, Mohd Amir Mohamed Yudof dan Mohamad Fairus Abd Jabal beraksi cemerlang sebaik memulakan permainan dengan menjarakkan mata sehinggalah jauh meninggalkan Brunei 14-5 pada ends ke-11.

Permainan berakhir pada ends ke-17 apabila trio negara jauh meninggalkan trio Brunei yang diwakili Ampuan Ahad Ampuan Kasim, Pengiran Tengah Pengiran Tejudin dan Naim Ibrahim dengan keputusan 19-9.

Perlawanan penentuan pingat gangsa pula dimenangi Thailand yang menewaskan Filipina 20-13.

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *