Tuduh UMNO atas punca kekecohan adalah tindakan dangkal dan melulu – Pemuda UMNO Kedah

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menyifatkan tindakan setengah-setengah pemimpin PPBM menunding jari kepada UMNO atas punca kekecohan Nothing To Hide 2 adalah dangkal dan melulu.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, sindrom menunding jari atas kelemahan sendiri sememangnya sudah ada didalam SOP PPBM sejak awal lagi.

“Pemuda UMNO Kedah yakin tindakan ini juga lahir atas rasa kekecewaan mereka akan keengganan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) melayan jemputan yang membuang masa mereka ke forum tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shaiful Hazizy, pihaknya yakin permasalahan tersebut timbul atas sebab kegagalan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman sendiri menyakinkan pengikut dan kepimpinan kumpulannya sendiri.

“Umum sedia mengetahui wujud sebilangan besar kepimpinannya peringkat bahagian dan exco sendiri tampil mempersoalkan kredibiliti Tun Mahathir dan ahli keluarganya.

“Pemuda UMNO Kedah yakin wujudnya satu gerakan protes di dalam Armada yang tidak yakin dengan kepimpinan ‘kebudak-budakan’ Syed Saddiq dan kredibiliti Tun Mahathir yang tidak konsisten,” katanya lagi.

 

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *