UNIQLO Mula Menjual Pakaian Melalui ‘Vending Machine’

UNIQLO kini melangkah setapak ke hadapan apabila mereka kini sudah mula menjual produk mereka melalui perkhidmatan mesin layan diri. Strategi awal UNIQLO untuk mencuba perkhidmatan terbaru ini adalah dengan menempatkannya di kawasan dengan trafik yang tinggi iaitu lapangan terbang.

Strategi ini nampak berkesan kerana pasti ramai penumpang on-the-go yang akan berhenti membeli kerana tertarik dengan mesin ini. Keduanya, ini cara terbaru untuk UNIQLO berkembang tanpa perlu memikirkan kos operasi yang tinggi; mencari pekerja dan sebagainya dengan adanya mesin ini.

Mesin layan diri ini akan mula ditempatkan di serata Amerika Syarikat terlebih dahulu. Jika gimik ini berjaya, kemungkinan besar mesin layan diri ini akan mula diperkenalkan di seluruh dunia.

Uniqlo mempunyai hampir 1,900 cawangan di seluruh dunia ketika ini. Persoalan yang utama pastinya adalah adakah mesin ini akan berkata ‘Welcome to UNIQLO’ sebelum kita mula membeli? Nanti kita cuba. – tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *