Upah 6 Orang Pengasuh Untuk Kembar Beyonce Bayar RM0.5 Juta

Pasangan popular Beyonce dan Jay-Z telah mengupah enam pengasuh untuk menjaga kembarnya Rumi dan Sir Carter.

Pengasuh itu dibayar hampir RM0.5 Juta setahun hanya untuk mengasuh dan membantunya menguruskan anak kembarnya itu.

Bukan sahaja si kembar, malah untuk anaknya Blue Ivy, 5,  juga diupah dua orang pengasuh.

Menurut sumber terdekatnya, Beyonce mengupah pengasuh itu pasangan kembar mereka tidak tidur pada waktu yang sama.

“Rumi dan Sir tidak tidur pada waktu yang sama. Jadi Beyonce telah mengambil keputusan untuk mengupah 3 pengasuh untuk seorang anak kembarnya.  Mereka bertukar-tukar shift iaitu 8 jam seorang,” katanya.

Beyonce melahirkan kembar mereka secara pembedahan pada Jun lalu. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *