[VIDEO] Simon Cowell Kena Simbah Air Dengan Mel B Live Di TV

Aksi salah seorang peserta pilihan, Demian, di pusingan suku akhir pertandingan realiti American Got Talent pada 23 Ogos lalu sememangnya dinanti-nanti ramai penonton.

Sayangnya ahli silap mata berasal daripada Indonesia itu kali ini gagal membuat para juri terpukau. Atas masalah teknikal, aksi berbahaya Demian seakan kurang menjadi sekaligus tidak langsung membuat juri ‘separuh nyawa’ seperti aksi-aksi ilusinya sebelum ini.

Ternyata-tanya apakah kesudahan aksi persembahan suami kepada Sara Wijayanto, para juri mula berasa seperti sia-sia saja mereka memberika sepenuh perhatian.

Lantas Melanie Brown (Mel B) dan Simon Cowell memberikan buzz merah kepada Demian sebaik saja dia muncul di belakang juri sambil membawa pemadam api.

Namun apa yang lebih mengejutkan ialah gelagat Simon dan Mel B. Seperti yang diketahui ramai, Simon dikenal sebagai seorang yang bermulut pedas. Saat gilirannya memberikan komen, pengasas kumpulan One Direction itu tiba-tiba mengeluarkan komen berbaur gurauan tentang perceraian dari Mel B, yang akhirnya membuatkan agggota Spice Girls itu terus jadi emosi dan berang.

“Saya membayangkan ini (penampilan Demian) seperti malam pernikahan Mel B. Banyak sekali ramalam, tapi hasilnya tak menjanjikan sesuatu atau mengecewakan,” tutue Simon.

Mendengar jenaka yang bernada sindiran itu, Mel B lantas berdiri dan mebdekati Simon lalu dengan selamber menyiramkan air minumannya ke badan penerbit itu. Selepas itu Melb terus berlalu pergi meninggalkan pentas juri dan berjalan keluar.

..

Demian hanya mampu terdiam, sementara Tyra Banks selaku pengacara cuba untuk menenangkan suasana dan mengawal para penonton yang berteriak-teriak kerana terhibur dengan aksi spontan dau juri berkenaan.

Seperti diketahui, rumah tangga yang dibina Mel B dan bekas suaminya, Stephen Belafonte selama 10 tahun telah berakhir baru-baru ini.

Pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak Disember 2016 dan pada Mac 2017, Mel memfailkan perceraian.

 

sumber : malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *