Wanita Kanada Buktikan Cinta Jarak Jauh Boleh Berjaya.

Hubungan Jarak Jauh atau ‘Long Distance Relationship’ (LDR) mungkin merupakan perkara yang sukar untuk pasangan kekasih ini kerana hubungan jarak jauh memerlukan kepercayaan yang banyak kerana berjauhan dari orang yang disayangi boleh menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan dan mengelirukan.

Menjaga hubungan jarak jauh juga memerlukan kesabaran dan juga kesungguhan yang sangat tinggi. Dan, siapa sangka hubungan cinta jarak jauh seorang lelaki Filipina bersama teman wanita Kanadanya boleh bertahan terutama sekali mereka hanya berhubung mengunakan media sosial.

Pada tahun 200,9 seorang wanita Kanada telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Romel dari General Santos City, Filipina melalui Facebook dan tanpa mereka sedari dari satu ‘friend request’ itu kehidupan mereka bakal berubah untuk selama-lamanya.

Mereka mula berhubung dan berbual antara satu sama lain melalui media sosial, dan persahabatan mereka itu kemuadian bertukar menjadi hubungan yang romantis. Hubungan itu menjadi bertambah kuat meskipun mereka berdua terpisah lebih daripada lapan ribu batu selama dua tahun.

Akhirnya pada 5 Januari 2012 lalu, wanita Kanada itu memutuskan untuk terbang ke Filipina dan berjumpa degan cinta hatinya. Mereka telah menikmati masa berharga mereka bersama dengan memuat naik gambar menunjukkan kebahagiaan mereka. Namun, malangnya wanita itu terpaksa pulang semula ke Kanada dan mereka perlu berpisah sekali lagi.

Meskipun pertemuan itu singkat, mereka tetap terus memberikan sokongan dan saling mencintai antara satu sama lain untuk selama beberapa bulan.

Wanita itu kemudiannya kembali semula ke Filipina kali ini dengan niat untuk mengahwini lelaki yang dicintainya. Pasangan itu telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 10 Ogos 2013 dan sekaligus menepis “tanggapan” orang yang menyatakan percintaan jarak jauh adalah sesuatu yang mustahil.

Kini, kisah percintaan mereka berdua telah menjadi sumber inspirasi kepada pasangan-pasangan LDR di luar sana. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *