Wanita lebih gemar minta cerai jika rumahtangga bermasalah.

Kaum wanita didapati dua kali ganda lebih cenderung memohon perceraian berbanding lelaki.

Profesor Program Terapi Keluarga dan Perkahwinan, Jabatan Sains Sosial Kekeluargaan, Kolej Pembangunan Manusia dan Pendidikan Universiti Minnesota, Amerika Syarikat, Prof William J Doherty berkata, wanita juga lebih terbuka menceritakan masalah rumah tangga di laman sosial.

Katanya, kedua-dua situasi itu membuatkan masalah perceraian di seluruh dunia semakin meningkat.

Malah, katanya kini isu perceraian dianggap perkara biasa dan merasakan ia bukan sesuatu perkara yang memalukan.

“Bagi pasangan muda pula, mereka menganggap perkahwinan sebagai satu gaya hidup yang tidak memerlukan komitmen panjang, demi untuk masa depan.

“Kebanyakan menjadikan pasangan sebagai satu ‘aksesori’ untuk membahagiakan mereka. Jika mereka gagal menemui kebahagiaan dalam rumah tangga, wanita lebih mudah meminta cerai daripada pasangannya,” katanya ketika Persidangan Antarabangsa 2017 dianjurkan oleh Persatuan Terapi Keluarga dan Perkahwinan (AMFTM), di sini.

Persidangan itu bertemakan Membantu Keluarga Bersama Menerusi Pendekatan Sistemik dan Kerjasama Pelbagai Bidang. – IsmaWeb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *