13 Perkara Terlarang di Sepanjang Bulan Festival Hantu Lapar

Festival Hantu Lapar atau Hungry Ghost Festival merupakan bulan di mana jalan akan menjadi sunyi dan menakutkan pada waktu malam. Ini kerana orang Cina percaya bahawa pada bulan ini, roh akan dibebaskan kerana Gates of Hales akan terbuka.

Jadi, semperna Festival Hantu Lapar tahun ini, berikut merupakan 13 perkara terlarang yang perlu dielakkan sepanjang bulan ini (Menurut worldofbuzz.com):-

1. Jangan Gantung Baju Pada Waktu Malam

Pakaian yang tergantung itu kelihatan seperti bentuk badan manusia, jadi roh yang tidak tenteram itu mungkin akan tertarik untuk bergantung kepada pakaian itu. Atau, roh yang telah terseksa sejuk terlampau di dunia mereka sedang mencari pakaian untuk berjalan di dunia kita.

2. Jauhi Kolam Renang, Tasik, Sungai, Laut, Air Terjun Terutamanya Pada Waktu Malam

Roh hantu air yang tenggelam sedang aktif mencari ‘pengganti jiwa’ untuk mengambil alih tempat mereka, jadi sesiapa yang bermain berhampiran air akan dijadikan sasaran.

3. Jangan Sesekali Pusing Kepala Apabila Bahu Anda Disentuh Atau Nama Anda Dipanggil Daripada Belakang

Menurut kepercayaan tahyul, manusia mempunyai dua api perlindung dan salah satunya di bahu. Jadi, jika roh menyentuh bahu anda dan anda pusingkan kepala, api itu akan terpadam. Itu akan membuatkan anda terdedah kepada serangan mereka.

Namun, itu tidak bermakna anda perlu menghidari semua orang. Daripada pusingkan kepala, anda patut pusing seluruh badan jika anda dipanggil daripada belakang.

4. Jangan Bersiul Atau Buat Bising Pada Waktu Malam

Bunyi siulan boleh menarik perhatian roh yang berkeliaran kerana mereka fikir anda telah memanggil mereka. Selain itu, menyambut hari jadi pada waktu malam juga tidak digalakan kerana roh yang berkeliaran itu mungkin akan mengambil bahagian juga. Lagi ramai lagi meriah kan?

5. Jangan Ambil Gambar Atau Video Pada Waktu Malam

Waktu malam adalah waktu paling aktif untuk roh-roh berkeliaran, jadi bermungkinan dia akan muncul secara tidak sengaja di dalam selfie atau video anda.

6. Jangan Tunggu Bas Bersendirian Atau Ambil Bas Terakhir Pada Waktu Malam

Anda mungkin akan mendapat ‘bus buddy’ percuma dan tidak akan kesunyian di sepanjang jalan.

7. Elakkan Dari Melawat Hospital Atau Membuat Pembedahan

Hospital dikatakan tempat yang dipenuhi dengan tenaga yin (negatif). Generasi tua percaya yang roh boleh mengikuti anda pulang ke rumah dari hospital kerana anda berada dalam keadaan lemah terutama ketika sedang sakit.

8. Jangan Main Permainan Seperti Papan Oija Atau Spirits.

Tujuan permainan ini adalah untuk berkomunikasi dengan roh, jadi tersangat yakin yang jika anda main permainan ini pada bulan ini, anda mungkin akan berjaya. Namun, lebih bahaya jika anda berjaya memanggil roh datang tetapi tidak berjaya menghantarnya pulang.

9. Elakkan Warna Kuku Hitam Atau Gelap

Roh mungkin akan menyangka anda adalah sebahagian daripada mereka dan ingin ‘berkawan’ dengan anda.

10. Jangan Bercakap Dengan Diri Sendiri

Perbuatan itu mungkin akan dianggap sebagai langkah untuk ‘berkawan’ dengan roh itu kerana mereka menganggap anda cuba untuk berinteraksi dengan mereka.

11. Jangan Buka Payung Di Dalam Rumah

Orang Cina percaya yang hantu suka mencari perlindungan di bawah payung yang terbuka, dan membuka payung di dalam rumah sama seperti mengalu-alukan kedatangan mereka.

12. Elakkan Menggantung Loceng Angin Di Katil Atau Tingkap

Bunyi bising daripada loceng angin boleh menarik perhatian roh untuk ‘melawat’ anda dan manusia juga dikatakan berada di dalam keadaan lemah ketika tidur.

13. Jangan Pernah Duduk Di Barisan Pertama Pertunjukan Opera Jalanan (Ge-Thai).

Tempat duduk barisan pertama disediakan secara eksklusif kepada roh dan anda mungkin akan menyinggung perasaan mereka jika anda mengambil tempat duduk VIP mereka. Lagipun, persembahan itu juga diadakan khas untuk menghiburkan mereka.

Namun, ini merupakan kepercayaan tahyul yang telah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman dahulu lagi dan ia terpulang kepada individu untuk percaya ataupun tidak dengan ke semua larangan itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *