14 terbunuh selepas Taufan Irma membadai kepulauan Caribbean

PROVIDENCIALES: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas Taufan Irma membadai kepulauan Caribbean sejak beberapa hari lalu.

Ia adalah ribut Atlantik paling ganas direkodkan dalam tempoh seabad.

Difahamkan, ia mula beralih menggoncang sekitar kepulauan Turks dan Caicos dalam perjalanan ke Florida semalam.

Ia kekal sebagai ribut kategori lima yang sangat berbahaya, ketetapan tertinggi yang pernah ditentukan oleh Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).

Dengan kelajuan angin mencecah 290 kilometer sejam, ribut sebesar Perancis itu mampu meranapkan pulau kecil di timur laut Caribbean sejak beberapa hari lalu, termasuk Barbuda, Saint Martin dan Kepulauan British dan Virgin AS.

Di seluruh Caribbean, pihak berkuasa bergegas memindahkan puluhan ribu penduduk dan pelancong yang berada di beberapa lokasi laluan ribut.

Sementara itu, penduduk di pulau yang baru dilanda taufan dan masih terkejut dengan kesan kemusnahan perlu bersiap sedia pula untuk berdepan taufan Jose, ribut kategori tiga dan dijangka membadai timur laut Caribbean esok.

Ia adalah kali pertama Kepulauan Turks dan Caicos mengalami ribut kategori lima, kata Pengarah Pengurusan Bencana dan Kecemasan, Virginia Clerveaux. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *