2 lelaki ambil kesempatan curi tiang lampu jalan

DUA lelaki mengambil kesempatan bekalan elektrik terputus di Florida sejak Taufan Irma melanda dengan mencuri tiang lampu jalan diperbuat daripada besi, hari ini.

Dua lelaki itu ditahan polis di Jacksonville dengan tiang berkenaan diikat di atas bumbung SUV mereka.

Menurut Daily Mail, polis Jacksonville melalui Facebook yang menyiarkan gambar dua lelaki terbabit yang bergari duduk di tepi jalan bersama kenyataan: “Dua lelaki ini ditahan mencuri tiang JEA pagi ini!”

Tidak dapat dipastikan untuk apa mereka mahu gunakan tiang berkenaan kerana pasti sukar menjualnya sebagai besi terpakai kerana ia jelas tiang lampu.

Seramai 3.2 juta penduduk Florida, terutama di Sunshine State masih ketiadaan bekalan elektrik

Banyak kejadian mencuri dan memecah masuk kedai serta rumah yang ditinggalkan pemiliknya berlaku sejak Taufan Irma melanda dan polis sudah menahan puluhan orang.

Polis menggunakan media sosial menyiarkan gambar mereka yang ditahan bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan jenayah.

Ahad lalu, polis Fort Lauderdale mengumumkan melalui Twitter ia menahan sembilan orang kerana memecah masuk kedai pajak serta kedai pakaian.

Polis Miami pula menyiarkan gambar 10 pencuri dalam penjara dengan kenyataan, ‘Mahu mencuri? Tanya dulu kepada mereka ini bagaimana mereka masuk ke sini.”

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *