20 mati lemas sebuah bot sarat dengan penumpang terbalik di Sungai Yamuna

SEKURANG-KURANGNYA 20 terbunuh dan ramai lagi masih hilang selepas sebuah bot sarat dengan penumpang terbalik di Sungai Yamuna, di daerah Baghpat, pinggir bandar New Delhi, hari ini.

Menurut pihak berkuasa, 20 mayat ditemui setakat ini dan 12 orang yang berjaya diselamatkan, kini dirawat di hospital.

Menurut Reuters, bot berkenaan dikatakan membawa penumpang berlebihan iaitu antara 50 hingga 55 orang, sebahagian besarnya buruh wanita sedangkan had muatannya ialah 25 orang.

Ketua Menteri Uttar Pradesh mengumumkan pampasan AS$3,121 diberikan kepada setiap keluarga yang kehilangan anggota keluarga.

AFP melaporkan, penduduk yang berang dengan kejadian itu melakukan bantahan di jalan raya, mendakwa pihak pengurusan tidak bertindak cepat untuk menyelamatkan mangsa.

Pegawai kanan polis, Prashant Kumar, berkata penduduk membawa mayat mangsa menghalang jalan raya dan menurutnya, siasatan berhubungan kejadian itu sedang dilakukan.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *