20 Negara Paling Merbahaya Di Dunia

Baru-baru ini, World Economic Forum (WEF) telah mengeluarkan senarai negara yang paling merbahaya di dunia yang telah diumumkan dalam laporan tahunan Travel and Tourism Competitiveness Report.

Laporan itu telah menganalisis pelancongan di 136 buah negara di seluruh dunia dan penilaian dilakukan berdasarkan risiko keselamatan dan sejauh mana negara itu terdedah kepada pelancong dan perniagaan.

Negara pertama yang paling bahaya untuk dikunjungi adalah Colombia. Kes keganasan dan penculikan yang banyak di negara itu telah membuatkan negara itu menjadi negara yang paling berbahaya di dunia.  Selain itu, ditambah pula dengan kes curi dan pemerdagangan manusia, negara itu telah dianggap sebagai tidak selamat untuk diduduki.

Selain itu, Mesir juga telah termasuk di dalam senarai dan menduduki tempat ke-7, ini kerana negara itu sering menjadi sasaran kumpulan pelampau ISIS sehingga membuatkan pelancong yang bercuti di Mesir berasa tidak selamat.

Lebih mengejutkan adalah, dua negara Asia Tenggara yang terkenal sebagai destinasi percutian juga termasuk di dalam senarai itu.  Meskipun, Filipina terkenal dengan keindahan pantainya tetapi itu tidak membuatkan negara itu selamat untuk pelancong. Beberapa perbuatan ganas dari kumpulan pelampau telah menyebabkan negara itu masuk ke dalam senarai.

Begitu juga dengan Thailand, walaupun digelar sebagai raja perlancongan di Asia Tenggara, negara itu berada di kedudukan ke-19 negara paling bahaya untuk dikunjungi.  Ini disebabkan, dalam tempoh 13 tahun yang lalu, 6,500 orang telah terbunuh disebabkan oleh keganasan terlampau.  Dan, empat daerah di Thailand juga telah digelar sebagai daerah paling merbahaya iaitu Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.

Berikut merupakan senarai penuh 20 buah negara paling berbahaya mengikut laporan Travel and Tourism Competitiveness oleh World Economic Forum:-

  1. Colombia
  2. Yamen
  3. El Salvador
  4. Pakistan
  5. Nigeria
  6. Venezuela
  7. Egypt
  8. Kenya
  9. Honduras
  10. Ukraine
  11. Philippines
  12. Lebanon
  13. Mali
  14. Bangladesh
  15. Chad
  16. Guatemala
  17. South Africa
  18. Jamaica
  19. Thailand
  20. Congo (DCR)

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *