25 maut 57 cedera bas terbalik di Congo

KIKWIT: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh, manakala 57 yang lain cedera apabila bas yang dinaiki terbalik di kawasan tenggara Republik Demokratik Congo, menurut angka rasmi yang dilaporkan televisyen tempatan.

Sebelum ini, Datuk Bandar Kikwit, Leonard Mutangu, dilaporkan berkata insiden itu menyebabkan 13 penumpang maut, dan 64 lagi mangsa cedera.

Mutangu berkata, kemalangan berkenaan membabitkan bas milik sebuah syarikat tempatan yang dalam perjalanan dari Kikwit menuju ke Inshasa.

Wartawan AFP yang tiba di lokasi kejadian sejurus selepas kemalangan itu berkata, beberapa mayat terbaring di atas jalan, manakala penumpang yang lain masih terperangkap di dalam kenderaan.

Beliau berkata, puluhan mangsa yang cedera juga dilihat terbaring di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke sebuah hospital awam di Kikwit, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *