5 Cara Efektif Untuk Tingkatkan Tumpuan Ketika Bekerja

Dalam melakukan apa sahaja aktiviti harian sama ada bekerja, belajar atau bersenam kita sangat memperlukan fokus dan tumpuan yang baik supaya boleh merasai hasil dari setiap perkara yang kita lakukan itu.

Tetapi, tumpuan dan fokus kita hanya boleh bertahan kurang daripada setengah jam dan mudah terganggu dan apabila itu terjadi, adalah sangat sukar untuk kita mencari cara bagaimana untuk mendapatkan dan meningkatkan kembali tumpuan itu.

Oleh itu, berikut merupakan beberapa cara yang anda boleh dicuba lakukan untuk meningkatkan tumpuan anda.

  1. Sarapan

Cara yang pertama dan paling penting sekali untuk meningkatkan tumpuan adalah sarapan pagi. Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Universiti Queensland, Australia, membiasakan diri dengan mengambil sarapan setiap pagi boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan seseorang.

  1. Memakan Lobak Merah

Sayur yang berwarna oren ini mengandungi sebatian yang dipanggil luteolin yang berfungsi untuk mengurangkan radang otak dan bantu mengurangkan penurunan memori berkaitan dengan usia.

  1. Bersenam

Menghabiskan masa dengan duduk setiap hari di hadapan komputer adalah satu aktiviti yang tidak menyihatkan kerana badan kita juga perlu bergerak supaya otot tidak berasa tepu. Oleh itu, dengan bersenam, anda boleh mengeluarkan peluh, dan berasa sihat dan cergas untuk berfikir dan bekerja.

  1. Meditasi

Meditasi adalah cara yang telah digunakan sejak beratus tahun lalu kerana ia bagus untuk mengurangkan tekanan, serta meningkatkan tumpuan otak. Cara meditasi yang paling mudah adalah tarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian hembuskan nafas itu melalui mulut bersama segala tekanan kerja yang anda rasai. Jika anda bermeditasi selama 5 minit, otak anda akan berasa segar dan anda akan lebih fokus untuk bekerja selepas itu.

  1. Kurangkan Karbohidrat

Penyelidik daripada Universiti Queensland Australia juga menemui yang jika seseorang itu mengambil makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein, itu boleh mengurangkan prestasi otak sebanyak 25%. Jadi, pastikan pengambilan makanan anda seimbang dan sihat. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *