50 terbunuh serangan bom kereta

BAGHDAD – Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh termasuk warga Iran hari ini dalam serangan bom kereta dan tembakan rambang berhampiran bandar Nasiriyah di selatan Iraq.

Timbalan Ketua Kesihatan wilayah Dhiqar, Abdel Hussein al-Jabri berkata, jumlah mangsa yang terkorban kini mencecah 50 orang manakala 87 lagi cedera.

“Kami menjangkakan jumlah penduduk yang terbunuh akan meningkat berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa,” katanya. – AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *