6 Ketagihan Yang Paling Pelik Di Dunia

Jika sebut mengenai ketagihan, kita pasti akan fikirkan ketagihan dadah, ataupun minuman keras.  Tetapi tahukah anda yang ketagihan juga berlaku pada beberapa perkara yang aneh seperti bulu kucing, sengatan lebah serta abu mayat.

Tidak percaya? Berikut merupakan senarai beberapa ketagihan aneh yang ada di dunia ini.

  1. Makan Abu Mayat Suami

Wanita bernama Casie yang berasal daripada England ini telah membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia sebenarnya ketagih untuk memakan abu mayat suamina, Shawn.

Casie mengatakan di dalam satu rancangan televisyen, disebabkan berasa terlalu sedih dengan kematian mengejut suaminya, dia tidak boleh melalui harinya tanpa memegang abu mayat suaminya dan dia juga berasa tenang selepas menyentuh abu itu dengan tangannya sendiri.

  1. Minum Pewarna Kuku

Ketagihan Berta mungkin boleh dianggap sebagai merbahaya kerana dia ketagih untuk meminum pewarna kuku.  Ketagihan itu bermula ketika Berta berusia 18 tahun, dimana dia secara tidak sengaja telah terjilat bekas pewarna kuku yang sedang dipakainya.

Sejak dari itu dia telah menjadi ketagih, dan boleh menghabiskan sekurang-kurangnya 5 botol pewarna kuku dalam masa satu hari.

  1. Berkunjung ke Tanah Perkuburan

Kubur sering dikaitakan dengan pelbagai kisah misteri yang menyeramkan sehingga membuatkan orang takut untuk datang ke kubur jika tiada kematian.  Tetapi, itu tidak berlaku kepada pemuda Brazil yang bernama Luis Squarisi.

Dia akan berkunjung ke kubur setiap hari dan sanggup kehilangaan pekerjaan hanya disebabkan ingin pergi ke kubur setiap hari.  Ketagihannya itu bermula apabila ayahnya meninggal dunia pada tahun 1983 dan sejak dari itu, dia akan pergi ke kubur jika ada orang akan dikebumikan. Dia malah akan berasa tidak tenang jika tidak dapat pergi ke kubur walaupun satu hari.

  1. Minum Darah

Michelle yang berasal daripada California mempunyai gaya seperti Gothic ternyata sangat gemar dan obses dengan darah sehingga mengakui yang dia boleh meminum 1 liter darah khinzir atau lembu setiap hari.

Meskipun orang ramai menganggap ketagihannya itu sebagai sesuatu yang menjijikkan, namun bagi Michelle rasa darah adalah sama sahaja seperti anggur dan dia berasa tenang apabila dapat merasa darah itu mengalir di lehernya.

  1. Makan Bulu Kucing

Demi rasa ‘cinta’ kepada kucing peliharaannya, Lisa sanggup mengumpul bulu-bulu kucing yang terdapat di apartmentnya setiap hari tetapi bukan untuk membuang bulu itu, selepas mengumpulkan ke semua bulu itu, Lisa akan memakannya.  Menurut Lisa bulu kucing mempunyai rasa dan bentuk yang sama seperti gula-gula kapas dan dia akan memuntahkan kembali bulu kucing itu sama seperti yang dilakukan oleh kucing.

  1. Disengat Lebah

Sengatan lebah boleh dikatakan sebagai salah satu sengatan yang paling sakit dan berbisa di dunia ini. Tetapi bagi seorang wanita yang berusia 53 tahun dia ternyata sangat suka jika dirinya disengat oleh lebah. Margaret ternyata ketagih disengat lebah kerana di dalam satu hari dia akan secara sengajanya menyengatkan lebah di bahagian badannya sebanyak 15 kali.

Ketagihan Margaret bermula apabila dia meminum satu rumuan untuk mengubati penyakit Arthiritis yang dihidapinya. Malah untuk memenuhi ketagihannya itu, Margaret telah membela lebah dibelakang rumahnya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *