6 Pemimpin Dunia Yang Hidup Secara Sederhana

Halimah Yacob telah menjadi Presiden Singapura pada 14 September yang lepas.  Pemimpin berhijab itu bukan sahaja menarik perhatian masyarakat Singapura tetapi juga masyarakat di seluruh dunia.

Sebuah kenyataan menarik yang dibuat oleh Presiden Singapura itu dimana dia tidak akan tinggal di rumah rasmi presiden tetapi dia akan terus tinggal di sebuah apartment di Yishun.  Namun, bukan hanya Halimah seorang sahaja presiden yang merendah diri.

Berikut merupakan enam pemimpin dunia yang menjalani hidup sederhana meskipun telah menjadi pemimpin negara:

  1. President Keenam Iran, Mahmoud Ahmadinejad

Presiden keenam Iran itu telah menjadi penyelamat kategori “pemimpin negara Arab yang mempunyai kehidupan sederhana”. Gerakan politik Mahmoud mula menonjol apabila Mahmoud menjadi mayor Tehran pada tahun 2003 dan dia juga telah disenaraikan diantara 10 Mayor terbaik di dunia.

Sewaktu terpilih menjadi presiden pada tahun 2005, dia dilaporkan telah tinggal di rumah peribadinya di Tehran dan selama pimpinannya, ekonomi Iran mula berkembang, munculnya revolusi saintifik, dan penghargaan dunia terhadap hak manusia di Iran.

  1. Presiden ke-40 Uruguay, Jose Mujica

Jose Mujica telah diberi gelaran sebagai “presiden termiskin di dunia”.  Apabila dipilih menjadi presiden pada tahun 2010, Jose telah memotong gaji presiden yang diterimanya dan memilih untuk menerima bayaran sebanyak US$1,250 (RM5, 240) sebulan.  Dan, baki gaji sebanyak US$142 juta akan didermakan kepada orang miskin.

Kesederhanaan Jose telah terlihat dari gaya dan harta yang dimilikinya.  Ketika menghadiri majlis perlantikkan menteri, dia hanya memakai selipar sahaja. Laporan kekayaan tahunan negara Uruguay, menunjukkan kekayaan milik Presiden Jose Mujica pada tahun 2010 adalah US$1,800 (RM7, 545), sama nilai dengan sebuat kereta Volkswagen Beetle 1987 miliknya.

  1. Presiden Paraguay, Fernando Lugo

Sebagai ketua agama, gerakan Fernando Luga boleh dianggap sebagai berani.  Selain aktif dengan aktiviti kerohanian, Fernando juga aktif membantu petani dalam mendapatkan semula tanah mereka yang telah dirampas.

Ahli politik, Budiman Sudjatmiko, yang pernah melawat rumah Fernando pada tahun 2008, mengambarkan yang rumah Fernando hanya mempunyai televisyen lama berukuran 17 inci terletak di atas meja makan yang bersatu dengan ruang tamu dan bersofa lama.  Bilik Fernando pula hanya mempunyai empat katil dan satu meja bacaan yang bersaiz sederhana.

  1. President Bolivia, Evo Morales

Pernah merasai hidup dalam kemiskinan sejak kecil lagi. Dalam tindakan demonstrasi itu, dia telah datang sebagai presiden yang mampun menggerakkan massa kerana sering menyuarakan pemahaman anti-Amerika-nya. Sebaik sahaja dilantik menjadi presiden, Evo telah mengumumkan potongan setengah gajinya untuk membayar menampung kekurangan guru dan doktor.

Dan, ketika Peru dilanda gempa bumi pada tahun 2007, di Haiti dan Chile juga, Evo telah mendermakan separuh dari gajinya kepada mangsa gempa.

  1. Presiden Malawi, Joyce Banda

Selepas dipilih menjadi presiden wanita pertama Malawi, Joyce Banda telah menjual jet presiden dan 60 Limosine Mercedes kerana menurut laporan APlus, Joyce sengaja menjual ke semua aset negara itu untuk menjimatkan kewangan negara dan tidak kisah untuk terbang mengunakan kapal terbang komersial. Wang hasil jualan itu digunakan untuk memberi makanan kepada 1 juta rakyat Malawi.

  1. Presiden Cuba, Fidel Castro

Fidel Castro sentiasa diserang oleh negara barat kerana khabar angin yang mengatakan dia mempunyai harta yang melimpah.  Dia dikatakan telah menyimpan wang sebanyak US$90 juta di luar Cuba. Namun yang pasti tuduhan itu adalah tidak benar, kerana di hanya menerima gaji 900 peso Cuba atau RM150 sebulan.

Meskipun gajinya sedikit, itu tidak membimbangkan Fidel, dan, antara jasanya yang paling diingati adalah ketika dia membukakan pintu pejabat presidennya untuk dijadikan sebagai tempat tinggal mangsa banjir di Cuba. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *