7 spesis burung paling berat di dunia

Menurut saintis, terdapat hampir 9,000 hingga 10,000 spesis burung yang wujud di atas muka bumi ini. Spesis-spesis ini dibezakan melalui rupa, bentuk, warna, kelakuan dan saiz.

Saiz burung berbeza-beza mengikut spesis dan burung yang paling kecil di dunia adalah burung bee hummingbird dengan saiz maksimum 6 sentimeter. Namun terdapat banyak burung mempunyai saiz dan berat yang mampu menyamai berat manusia dewasa.

7. Greater rhea

Berat purata : 23kg

Berat maksimum : 40kg

Biasanya dijumpai di timur Amerika Selatan, greater rhea atau American rha ini merupakan spesis burung unta. Ia tinggal di kawasan yang terbuka seperti di tanah rumput. Dikategorikan sebagai burung terbesar di Amerika Selatan, burung yang mempunyai jangka hayat 10.5 tahun ini boleh mencapai berat maksima 40 kilogram dengan tinggi 1.32 meter.

6. Penguin emperor

Berat purata : 31.5kg

Berat maksimum : 46kg

Haiwan comel ini juga tergolong dalam kategori burung. Dalam banyak-banyak spesis penguin, Penguin Emperor adalah spesis yang paling tinggi dan berat di dunia. Tinggal di Antartika, kedua-dua jantina mempunyai bulu dan saiz yang sama. Satu-satunya spesis penguin yang membiak ketika musim sejuk di Antartika ini boleh mencecah ketinggian 122 sentimeter manakala beratnya pula boleh mencecah berat seorang wanita dewasa iaitu 45 kilogram. Jangka hayat Penguin Emperor adalah 50 tahun.

5. Emu

Berat purata : 33kg

Berat maksimum : 70kg

Biasanya ditemui di semua bahagian di Australia, Emu merupakan haiwan dalam kategori burung unta yang makan tumbuhan dan serangga. Emu merupakan burung tertinggi di dunia dengan ketinggian 190 sentimeter yang boleh berlari dengan kelajuan 50 kilometer sejam. Haiwan ini boleh membesar sehingga seberat 70 kilogram, serta terapat hampir 700,000 populasinya di dunia.

4, Burung kasawari utara

Berat purata : 44kg

Berat maksimum : 75kg

Burung kasawari merupakan antara spesis burung yang paling besar dan berat di dunia. Burung Kasawari Utara ini merupakan burung ke-4 terberat di dunia yang boleh mencapai berat makimum 75 kilogram. Ia biasanya dijumpai di hutan hujan tanah rendah di serata kepulauan Batanta, Slalawati, Yapen dan New Guinea Utara.

3. Burung kasawari selatan

Berat purata : 45kg

Berat maksimum : 85kg

Kasawari Selatan atau nama lainnya Kasawari Australia adalah burung ke-3 terberat di dunia. Haiwan ini juga merupakan spesis terancam yang kini dikatakan hanya tinggal 2,500 ekor sahaja di dunia. Ia boleh dijumpai di Indonesia, New Guinea dan timur laut Australia. Perbezaan ketara antara kedua-dua sasawari utara dan selatan adalah leher Kasawari Selatan berwarna biru manakala Kasawari Utara berleher merah. Kasawari Selatan boleh mencecah berat maksimum 85 kilogram.

2. Burung unta Somalia

Berat purata : 90kg

Berat maksimum : 130kg

Burung unta Somalia adalah subspesis kepada burung unta biasa yang boleh dijumpai di tanah afrika, Somalia. Ia diklasifikasikan sebagai spesis berbeza daripada burung unta biasa pada tahun 2014. Terdapat sedikit perbezaan pada tubuh burung unta ini daripada burung unta biasa iaitu lehernya yang berwarna campuran biru dan kelabu. Sebagai burung ke-2 terberat di dunia, berat burung unta Somalia mampu mencecah 130 kilogram.

1. Burung unta biasa

Berat purata : 104kg

Berat maksimum : 156.8kg

Seperti yang dijangkakan, burung paling berat di dunia adalah burung unta biasa. Ia biasanya ditemui di Afrika dan merupakan satu-satunya haiwan dari kumpulan genus Struthio yang masih hidup. Berat maksimum burung ini boleh mencecah 156.8 kilogram yang mana bersamaan berat purata 2 manusia dewasa. Selain menjadi burung paling berat di dunia, telur yang dihasilkan oleh haiwan ini merupakan telur terberat di dunia iaitu 2.589 kilogram

Sumber – generasivariality

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *