Adakah Telefon Bimbit Selamat Digunakan Ketika Mengandung?

Kajian terbaru telah mencadangkan yang penggunaan telefon bimbit ketika sedang mengandung adalah tidak mungkin memberi sebarang kesan buruk terhadap perkembangan otak kanak-kanak.

Kajian itu telah dilakukan di Institut Kesihatan Awam Norwegian dan diketuai oleh Dr Eleni Papadopoulou. Kumpulan penyelidik telah menganalisis data yang diambil daripada populasi terbesar Norwegian- berdasarkan kohort pengajian kehamilan MoBa, yang diambil dari ibu dan anak semasa dan selepas kehamilan.

Untuk kajian itu, kumpulan penyelidik termasuk 45,389 ibu-anak yang telah disediakan dengan data melalui soal selidik mengenai pengunaan telefon bimbit ketika hamil, dengan kanak-kanak berumur 3 dan 5 tahun menerima rawatansusulan perkembangan otak.

Kumpulan penyelidik itu telah menemui kanak-kanak yang dilahirkan oleh pengguna telefon bimbit mempunyai 27% lebih rendah risiko untuk mempunyai kerumitan ayat, 14% lebih rendah risiko untuk tatabahasa yang tidak lengkap, 31% lebih rendah risiko untuk mempunyai kelewatan bahasa, dan 18% lebih rendah risiko rendah ‘motor skills’ pada usia 3 tahun, berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menggunakan telefon bimbit.

Hasil itu juga benar selepas pasukan itu menyelaraskan factor-faktor lain dan juga relative kepada tahap penggunaan telefon bimbit yang dilaporkan oleh ibu.

Bercakap mengenai penemuan itu, Dr Papadopoulou mengatakan, “Kebimbangan akan membahayakan janin disebabkan oleh frekuensi radio medan elektormagnet, seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit, biasanya disebabkan oleh laporan hasil kajian haiwan eksperimen dengan keputusan yang tidak tetap.”

“Meskipun, ini adalah kajian pemerhatian, penemuan kami tidak menyokong hipotisis kesan buruk pada bahasa, kemahiran komunikasi, dan ‘motor skills’ kanak-kanak disebabkan oleh pengunaan telefon bimbit semasa mengandung.”

Memandangkan jumlah percakapan kanak-kanak terdedah untuk mempromosikan tatabahasa dan kemahiran bahasa, pasukan itu mengatakan yang mempunyai ibu dengan personaliti extrovert mungkin boleh menjadi faktor. Ini kerana, ibu itu akan banyak bercakap dan mungkin juga akan menggunakan telefon bimbit dengan kerap. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *