Air Kencing Bertukar Hitam Selepas Berbasikal Selama 1 Jam

Kita sering dengar dari peminat kecergasan tegar yang tidak mungkin untuk seseorang itu terlebih melakukan senaman (dalam tempoh masa yang panjang), tetapi seorang pelajar telah membuktikan yang teori itu silap selepas dia dimasukkan ke wad ICU akibat terlebih bersenam di gym.

Baru-baru ini, Xiao Lan, seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja habis peperiksaan akhir memutuskan untuk pergi ke program menurunkan berat badan bagi menghapuskan lemak berlebihan yang ada di badannya.

Menurut laporan Sinchew, remaja yang berasal daripada Wuhan, China itu mempunyai berat 75kg dan mahu membuat penampilan baru sebelum sekolah dibuka semula. Dan, untuk mencapai matlamat itu, dia telah pergi ke gym dan mengayuh ‘stationary bike’ selama satu jam.  Meskipun itu bukan satu senaman yang ekstrem, tetapi otot Xiao tidak dapat mengikuti senaman itu kerana tidak pernah bersenam sebelum ini.

Beberapa hari selepas itu, Xiao melaporkan yang betis dia berasa sakit dan air kencingnya pula bertukar menjadi warna hitam seperti “warna kicap”. Bimbang akan kesihatannya, dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan hasil ujian pemeriksaannya telah mengejutkan doktor.

Bacaan enzim otot dan myoglobin yang normal adalah di antara 100 dan 200, tetapi bacaan Xiao lebih daripada 20 ribu!

Menurut doktor, Xiao telah didiagnosis dengan Rhabdomyolysis, iaitu keadaan di mana fibres otot mati mengeluarkan kandungannya ke dalam saluran darah. Itu boleh menyebabkan komplikasi serius, seperti kegagalan buah pinggang yang boleh menyebabkan kematian.

Doktor juga mendedahkan yang keadaan Xiao mungkin disebabkan oleh peningkatan mendadak di dalam senamannya yang berterusan.  Namun, Xiao dilaporkan berada di dalam keadaan stabil selepas doktor berjaya menambah cecair di dalam badan dan membuang toksin dari darahnya.

Oleh itu, bagi yang baru mula berjinak-jinak dengan senaman kecergasan, anda dinasihatkan supaya meningkatkan senaman secara perlahan-lahan dan berehat lebih lama jika otot mula terasa sakit.  Selain itu, pengambilan air juga perlu dilebihkan bagi menghilangkan semua toksin di dalam badan.  Biar lambat asal selamat gais! ~ -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *