Aiskrim durian D24 kini boleh didapatkan di Melaka

Sebut sahaja Melaka, pasti terbayangkan signature dish di sana seperti coconut shake, kuih keria dan mango float.

Namun, kini bertambah satu lagi makanan yang menjadi fenomena iaitu aiskrim durian D24!!

Bagi yang merungut tak sempat merasa aiskrim durian di McDonald’s tempoh hari bolehlah mencubanya di sini pula.

Apa yang menarik ialah ia tidak menggunakan sebarang pewarna dan perasa durian, sebaliknya memang ‘pure’ durian D24 yang sebenar.

Jadi jangan terkejut bila masuk ke dalam kereta, baunya memang semerbak! Katanya lagi sampai melekat dan sampai ke tekak rasanya!

Harga pun sangat berbaloi iaitu cuma RM8 bagi setiap mangkuk biasa dan RM15 bagi mangkuk bersaiz besar.

Jom ke sini, tengok sahaja barisannya pun dah tahu kehebatan yang bakal anda rasai!

Lokasi:-
Waze : Asam Pedas Kak Su
Buka : Sabtu – Khamis
12:00tghari- 3:30ptg)
: Jumaat ( 2:30pm – 4:30pm)

Sumber – CARI

One thought on “Aiskrim durian D24 kini boleh didapatkan di Melaka

  • 25/11/2017 at 4:58 pm
    Permalink

    The Best Durian Ice Cream D24 (dulu dikenali dengan nama The Scoops) kini beroperasi di Asam Pedas JR Banda Hilir dan Restoran Steamboat Api-Api (depan Aeon Bandaraya), untuk info lanjut, boleh hubungi Muhammad Zahin (0132662769)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *