Amaran Tsunami dikeluarkan di Mexico

ORANG ramai dilihat melarikan diri meninggalkan bangunan-bangunan akibat gempa yang melanda ibu kota Mexico.

Terdapat kebimbangan bahawa tsunami mungkin berlaku akibat gempa kuat yang melanda kawasan sekitar 70 batu dari ibu negara.

Bangunan-bangunan bergegar ketika kejadian yang dianggarkan berukuran 8 magnitud.

Reuters memberi amaran bahawa gelombang tsunami mungkin berlaku di Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras dan Ecuador.

Risiko untuk Hawaii, Guam dan pulau-pulau Pasifik lain masih dinilai.

Cahaya misteri dapat dilihat di langit setelah gempa melanda manakala bunyi penggera dapat didengari.

Penggera amaran awal kedengaran beberapa saat sebelum gegaran dirasakan dan ia berlaku sekitar 45 saat.
Ia dipercayai berlaku pada kedalaman kira-kira 31 batu.

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *