Atasi masalah bulu kucing gugur dengan beri kucing makan kuning telur

Bagi penggemar kucing, satu masalah yang membelenggu mereka ialah keguguran bulu kucing.

Memang ada sesetengah pemilik kucing tidak kisah membelikan produk yang mahal untuk kucing kesayangan mereka.

Namun, jika ada cara yang lebih murah dan berkesan pula, apa salahnya mencuba kan!

Seorang netizen berkongsi tips bagaimana ingin menjaga kesihatan dan melebatkan bulu kucing.

Caranya seperti berikut:

1. Beri makan kuning telur setiap minggu. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Lagi kerap lagi bagus.

2. Campurkan dalam makanan kucing. Beri makan masa ia lapar.

2. Kena ajar dari umur 3 bulan lagi.

Mudah, bukan? anda boleh melihat video di bawah. Selamat mencuba!

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *