‘Barat iktiraf Mahathir sebagai diktator, tidak lebih dari itu’

Tanpa kewujudan internet dan ‘portal berita’ pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, berita arus perdana merupakan sumber maklumat utama yang menjadi medium bekas Perdana Menteri itu menempa nama, sekaligus menenggelamkan sejarah sumbangan pemimpin terdahulu.

Analisis portal berita The Third Force oleh Raggie Jessy merungkaikan bahawa, maklumat yang diberikan telah disunting mengikut rancangan Dr Mahathir lantaran menjadi punca ramai rakyat kini hilang kepercayaan terhadap berita arus perdana sehingga kini.

“Walaubagaimanapun, menerusi manipulasi inilah Mahathir menyebabkan Malaysia lupakan sumbangan arwah Tun Abdul Razak, pemimpin pertama Malaysia yang mencadangkan “Peneutralan Asia Tenggara,” sebuah cadangan diakhiri dengan deklarasi ZOPFAN (Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali) yang ditandatangani oleh Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 1971.

“Tetapi bukan itu sahaja.

“Razak juga pemimpin ASEAN pertama yang berani untuk menormalkan hubungan antara Malaysia dan China. Beliau mempunyai pandangan dan ilham untuk menyedari bahawa China pada suatu hari nanti akan menjadi ekonomi dan kuasa besar dunia yang perlu diperhitung. Tetapi ianya merupakan tindakan untuk mendapat perhatian Barat,” kata Raggie.

Penganalisis politik itu turut menyatakan hubungan erat Malaysia-China dibuktikan apabila Tun Razak diberikan sambutan besar dan kedatangannya ke republik berkenaan pada 1974 disambut oleh Perdana Menteri Zhou Enlai dan Pengerusinya, Mao Zedong.

Misi mendapatkan perhatian Barat berjaya selepas Bank Dunia kini bimbang akan hubungan China-Malaysia akan mengembangkan lagi hubungan maritim kedua-dua negara – tambahan lagi Selat Melaka dan Laut China Selatan merupakan laluan minyak dan tenaga China.

“Oleh kerana kesedaran inilah para elot dunia meletakkan Malaysia di peta dunia untuk sebab yang tidak menyenangkan. Razak secara tidak langsung telah mencetuskan penggera yang membawa perbincangan berkenaan “ancaman China”.

“Para elit mula membuat rumusan mengenai kaedah untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Asia Tenggara hanya untuk menghalang kekayaan China meresap ke seluruh rantau Asia Tenggara dan menghalang China daripada berbincang mengenai tenaga kuasa dengan Malaysia,” ujarnya.

Kini, dibawah pemerintahan anak Tun Razak – Datuk Seri Najib – Malaysia kembali berdagang bersama China menerusi 1MDB yang sekali lagi mencetuskan kegusaran para elit dunia akan kebimbangan peningkatan kuasa China.

“Para elit itu sedar seperti sebelum ini bahawa perjanjian dua hala (Malaysia-China) akan secara perlahan-lahan melibatkan perjanjian keselamatan maritim dan jalinan kuasa nuklear yang akan melenyapkan usaha mereka (Barat) untuk mendominasi Laut China Selatan dan Selat Melaka.”

“Barat Iktiraf Mahathir Sebagai Diktator, Tidak Lebih Dari Itu”

Raggie turut menyangkal bahawa Dr Mahathir dihormati oleh Barat dan ianya dibuktikan apabila Barat menganggap pemerintahannya sebagai Perdana Menteri telah menyekat kebebasan media.

“Salah seorang yang lantang mengkritik Mahathir adalah John Berthelsen, bekas koresponden Asian Wall Street Journal (ASWJ). Pada 1986, bekas Perdana Menteri itu mengecam ASWJ kerana menerbitkan beberapa siri artikel ditulis oleh Berthelsen dan Raphael Pura yang mendakwa pemerintahannya pembohong.”

Kata Raggie, akibat daripada penerbitan kedua-dua pengamal media berkenaan, permit kerjanya di Malaysia di batalkan dan media New York Times melaporkan tindakan Dr Mahathir itu adalah cubaan untuk menyembunyikan jenayahnya.

“Tetapi bukan itu sahaja.

“Malah selepas melepaskan jawatan, Mahathir dengan sengaja merampas salinan biografi mengenai pemerintahan kritikalnya sepanjang 22 tahun memegang jawatan. Biografi berkenaan, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, dicatatkan didalam sebuah buku ditulis oleh mendiang Barry Wain, bekas koresponden ASWJ yang berpangkalan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, benar Barat mengiktiraf Mahathir tetapi tidak lebih sebagai diktator dan penindas.

Katanya lagi dalam artikel The Third Force bertajuk: It Was Tun Razak, Not Mahathir, Who Put Malaysia On The World Map.

 

Sumber – Malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *