Bayi lelaki terjatuh dalam perigi selama 10 jam

BEIJING – Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi yang mempunyai kedalaman 45 meter.

PASUKAN bomba bekerja selama 10 jam termasuk penggunaan jentera berat bagi menyelamatkan seorang bayi di Xian, wilayah Shaanxi, China, kelmarin. AGENSI
Lapor Mail Online, pasukan bomba dan penggalian berusaha menyelamatkan bayi tersebut selama 10 jam di Xi’an, wilayah Shaanxi.

Bayi tersebut terjatuh ketika dibawa keluar untuk bermain bersama-sama datuk dan neneknya.

Jentera berat digunakan untuk menyelamatkan bayi berkenaan kerana lubang perigi itu sekitar 30 sentimeter.

Bekalan oksigen juga dipam ke dalam perigi untuk memastikan bayi itu terus bernafas selain diberikan makanan serta minuman.

Malah, ahli keluarganya juga kerap memanggil nama bayi tersebut bagi memastikan dia terus terjaga.

Sekitar 10 jam, bayi itu berjaya diselamatkan selepas lubang besar digali dan tero­wong dibuat secara mendatar untuk membolehkannya keluar.

Bayi terbabit kini menjalani rawatan di hospital dan tidak mengalami kecederaan serius.

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *