Bayi Maut Gara-Gara Doktor Bergaduh Ketika Sedang Lakukan Pembedahan

Pertengkaran yang berlaku diantara dua orang doktor ketika sedang melakukan pembedahan keatas seorang ibu yang mahu bersalin telah membawa kepada kematian bayi wanita itu.

Kejadian malang itu berlaku kepada seorang wanita yang mengalami komplikasi ketika mahu bersalin dan telah dibawa ke Hospital Umaid, Jodhur, Rajasthan, India untuk dibedah.

Namun, ketika sedang melakukan pembedahan, dua orang doktor yang sepatutnya merawat ibu itu secara tiba-tibanya telah bertengkar dan pertengkaran mulut ke dua doktor itu telah dirakam oleh ahli perubatan lain yang turut berada di dalam bilik bedah itu.

Video rakaman itu menunjukkan keadaan di dalam bilik bedah, ibu malang terlantar diatas katil dan dikelilingi oleh beberapa ahli medik.  Lalu, seorang doktor dilihat berkata kepada seorang doktor lain di dalam Bahasa Hindi, ‘Behave yourself, Behave yourself’.

Doktor kedua bertindak membalas kata-kata doktor itu dengan penghinaan. Pertengkaran itu berlanjutan meskipun telah dihalang oleh ahli medik lain. Dr Neniwal juga telah mengugut mahu memukul Dr Tak dengan mengatakan, ‘You stay within your limits.’

Disebabkan pertengkaran itu telah berlangsung selama 30 minit, bayi malang itu disahkan telah meninggal akibat ‘severe birth asphyxia’. Ketua Hospital Umaid, Al Bhat mengatakan, “Kedua-dua doktor itu telah digantung dan mereka akan dikenakan tindakan tatatertib”.

Selain itu, Al Bhat juga mendakwa yang dia tidak pasti jika pembedahan yang tertangguh disebabkan oleh pertengkaran itu adalah punca kepada kematian bayi malang itu.  Dia juga menegaskan yang ketika ibu itu tiba di hospital, bayinya sudah berada di dalam keadaan kritikal dan nadinya juga telah lemah.

Namun, dari mengakui kesilapan mereka, kedua doktor itu dikatakan terus menyambung pertengkaran mereka, dan saling menunding jari atas kemalangan yang berlaku itu.

Dr. Tak mendakwa Dr Neniwal telah bertengkar dengan semua orang dan cuba memukulnya dengan retractor tetapi sempat dihalang. Dr Ashok pula menafikan dakwaan itu dengan mengatakan video itu tidak menceritakan keseluruhan kejadian kerana ia telah dirakam oleh pasukan anaesthesia Dr Tak. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *