Beberapa kawasan sekitar Georgetown dan Balik Pulau dilanda banjir kilat

HUJAN sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan sekitar Georgetown dan Balik Pulau dilanda banjir kilat, hari ini.

Paras air mula naik sejak 4 pagi dan sehingga kini beberapa kawasan yang dilanda banjir masih belum surut.

Antara kawasan dinaiki air di Georgetown ialah Kampung Masjid, Kampung Makam, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Kampung Mutiara, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Tun Sardon.

Manakala di Balaik Pulau, kawasan di Teluk Bahang, Teluk Kumbar dan Bayan Baru turut dilanda banjir kilat.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, setakat ini, air Sungai Pinang naik sehingga paras bahaya dan penduduk di kawasan yang terbabit banjir diminta berhati-hati.

“Kita sudah bersiap sedia dan menempatkan bot penyelamat di kawasan berkenaan sekiranya air naik.

“Setakat ini, belum ada sebarang pusat pemindahan dibuka,” katanya.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *