Bekas Suami Marissa Yasmin Gagal Tuntut Jam Tangan Mewah Berharga Lebih RM45,000

Seorang ahli perniagaan, Muhzir Mohd Zainuddin yang juga bekas suami kepada pelakon wanita, Marissa Yasmin terpaksa menerima keputusan Mahkamah apabila tuntutannya terhadap bekas isterinya ditolak.

Menurut Sinar Harian, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menolak tuntutan Muhzir untuk memulangkan empat utas jam tangan mewah yang bernilai lebih RM45,000 serta beberapa dokumen.

Keputusan itu telah dibuat oleh Hakim Syarie, Firdawaty Mohammad terhadap Muhzir dan dalam keputusan itu, hakim berkata bahawa mahkamah mendapati plaintif iaitu Muhzir tidak membuktikan kewujudan dan tempat simpanan ke empat-empat jam yang berjenama, IWC Ingenieur, Zenith Open Heart, Taq Hever dan Tissot T Touch di dalam rumah tersebut.

Muhammad Muhzir berbincang dengan peguamnya, Datuk Jamal Mohd Luqman selepas prosiding.

“Plaintif tidak menghadirkan saksi untuk untuk mengesahkan kesemua barang- barang tersebut berada di dalam milikan plaintif dan disimpan di tempat itu serta dakwaan ia diambil defendan,” katanya.

Hakim juga berkata lagi, mahkamah mendapati terma pecah masuk yang digunakan Muhzir di dalam tuntutannya itu mengelirukan.

“Mahkamah mengulas bahawa memecah masuk tidak dijelaskan kerana plaintif dalam keterangan semula mengakui tidak menghalang defendan kerana masih dalam proses penceraian.

Marissa Yasmin hadir ke mahkamah semalam.

Terdahulu, Muhzir dan Marissa telah berkahwin di Songkla, Thailand dan mendaftar perkahwinan mereka di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan pada 19 Januari 2011.

Mereka telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun namun jodoh tidak panjang dan akhirnya bercerai pada Januari tahun lalu.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.

Pasangan ini sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan lafaz talak itu dilafazkan setelah Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria membenarkan dan meluluskan permohonan tersebut.

 

sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *