Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja?

Memberi nafkah kepada keluarga adalah tanggungjawab suami yang harus disediakan dan diberi kepada isteri dan anaknya tanpa perlu diminta.

Akan tetapi bagaimana pula dengan suami yang tiada wang, tidak bekerja kerana malas sedangkan secara fizikalnya mereka mampu untuk bekerja.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW ada menyebutkan yang suami wajib memberi nafkah kepada isterinya.  Malah, dia patut mengutamakan keluarga daripada adik beradik atau kenalan yang bukan darah dagingnya.

Rasulullah SAW bersabda,

Mulailah dari dirimu sendiri. Sedekahkanlah untuk dirimu. Selebihnya dari itu untuk keluargamu (anak dan isterimu).  Selebihnya lagi dari itu untuk keluargamu. Selebihnya lagi dari itu untuk tujuan ini dan itu yang ada di hadapanmu, yang ada di kanan dan kirimu.” (HR. Muslim: 997).

Jadi, jika suami tidak memberi nafkah kepada isteri kerana tiada wang, malas bekerja, itu telah menjadi satu dosa. Dan, isteri berhak mengambil harta suami untuk memenuhi keperluannya dan anak dalam jumlah yang secukupnya.

Sabda Rasulullah SWT,

Seseorang itu boleh dikatakan berdosa jika dia mengabaikan orang yang dia wajib beri nafkah. (HR. Abu Daud: 1692).

Namun, jika sepanjang perkahwinan, isteri sering memenuhi keperluan mereka dari pendapatan mereka sendiri, itu telah menjadi haram kepada suami terutama sekali apabila isteri tidak meredhai perbuatan itu.

Tetapi, jika isteri redha, itu dianggap sebagai sedekah yang dilakukan oleh isteri kepada suaminya. Ini juga disebabkan oleh hasil kerja isteri adalah 100% milik mereka sendiri.

Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan.  Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *