Berkahwin Kerana Telah Disihir, Sah Atau Tidak?

Hidup di dalam dunia yang serba moden ini membuatkan kita berasa segala perkara tahyul yang pernah menjadi amalan suatu ketika dahulu tidak mungkin berlaku. Namun, demi memenuhi kehendak hati, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan kemahuan mereka dituruti.

Paling menakutkan adalah ilmu guna-guna atau sihir yang diamalkan oleh seorang individu untuk menundukkan orang yang mereka mahu supaya mengikut kemahuan mereka.  Sihir sering digunakan oleh kekasih untuk ‘menundukkan’ kekasihnya.

Sebagai contoh, seorang lelaki akan berjumpa dengan bomoh untuk melakukan pemujaan untuk menundukkan wanita yang diidaminya, supaya mahu berkahwin dengannya. Tetapi, persoalannya kini adalah pernikahan itu sah atau mereka perlu bercerai setelah mengetahui kelakuan ‘jahat’ pasangan mereka?

Di dalam Islam, sihir itu wujud dan sihir itu adalah satu kuasa yang boleh didapati daripada bantuan jin dan syaitan.  Rasulullah SAW bersabda,

Sesungguhnya mantra, pesona dan sihir addalah sesuatu yang mensyikirkkan. (HR Abu Daud 3883, Ibn Majah 3530).

Dalam Bahasa Arab, sihir disebut sebagai At-Tiwalah dan biasanya digunakan sebagai ubat pengasih yang digunakan untuk membuat seseorang itu menurut perintah si pembuat sihir.

Berbalik kepada isu sah atau tidak perkahwinan orang yang telah disihir, menurut pelbagai sumber, secara hukumnya, Fatawa Syabakah Islamiyah mengatakan yang selagi hukum dan syarat nikah dipenuhi, perkahwinan itu adalah sah dari segi Islam.

Dan, jika si pembuat sihir itu telah berasa menyesal atas perbuatannya, maka dia disarankan untuk segera bertaubat dan menjaga hubungan perkahwinan mereka supaya dijauhi daripada sihir. Untuk persoalan perlu meneruskan perkahwinan itu atau tidak pula, ia bergantung atas kehendak individu itu sendiri. Jika mangsa sihir itu berasa tidak redha dilakukan seperti itu, dia berhak untuk meminta cerai.

Apapun semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.  Namun, janganlah kita menghampiri perkara yang syirik dan menyekutukan Allah SWT semata-mata ingin memenuhi kemahuan sendiri. Ingatlah perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik untuk kita. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *