‘Bermain’ telefon sambil membawa 7 tong gas

PELBAGAI kejadian pelik berlaku di China, termasuk lelaki ini yang membawa tujuh tong gas seberat kira-kira 200 kg dengan motosikal dan pada masa sama, masih boleh ‘bermain’ dengan telefonnya.

Menurut laporan People’s Daily Online, kejadian ini dirakam semalam, di Nanjing, wilayah Jiangsu, oleh pengguna jalan raya yang tidak senang dengan perbuatan lelaki berkenaan kerana membahayakan keselamatan.

Menurut laporan berkenaan, pada satu ketika motosikal berkenaan memasuki laluan lain tanpa disedari lelaki itu sehingga ada pengguna jalan raya menjerit kepadanya.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *