Berswafoto luar jendela kokpit pesawat

SEORANG juruterbang yang mahir mengendalikan Photoshop berjaya meyakinkan orang ramai kononnya dia telah berswafoto ketika berada di luar jendela kokpit pesawat yang diterbangkan dengan latar belakang memukau.

Menggunakan nama Pilotganso pada akaun Instagram, beliau telah berkongsi gambar menarik berlatarbelakangkan Palm Islands di Dubai.

Juruterbang yang mempunyai 43,000 pengikut meletakkan kapsyen seperti berikut pada gambar: “Ia umpama rumah kedua saya #dubai selfie.”

Mungkin dalam kalangan pakar, tentunya dapat mengesan sama ada gambar yang dikongsi itu telah disunting atau ia sesuatu yang asli.

Bagaimanapun masih ada yang menyuarakan rasa kagum mereka dengan apa yang dilakukan juruterbang ini.
Seorang netizen menulis: “Kenapa perlu lakukan aksi berbahaya ini? Anda mungkin akan terjatuh dan membahayakan penumpang!

Ada juga yang memberi komen sebegini: “Wow…anda tak takut ke?”

Bagi @latelyisunday pula katanya: “Tak mungkin ini aksi sebenar? Tidakkah syarikat ada ada polisi berkaitan perkara seperti ini? Ia sesuatu yang berbahaya”

Walau apa juga pandangan yang diberikan netizen, gambar itu telah mendapat 15,000 tanda suka.

Dan akhirnya baru-baru ini, juruterbang berkenaan telah menambah sesuatu pada akaun Instagramnya: “Ingin saya nyatakan di sini, semua gambar yang dimuat naik adalah palsu.”

Sumber – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *