Budak lelaki 9 tahun ditemui lemas di pantai

BUDAK lelaki sembilan tahun ditemui lemas di pantai Kampung Hilir, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, Alor Gajah, 9.55 malam ini.

Difahamkan, Muhammad Amirul Abdul Rahman, keluar bermain bersama dua lagi rakan sebelum mandi seorang diri di pantai berkenaan.

Bapa mangsa keluar mencari mangsa berikutan anaknya tidak pulang ke rumah selepas Maghrib.

Selepas mencari bapa mangsa menemui selipar dan basikal milik anaknya di pantai berkenaan sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah Pegawai Bomba Abdullah Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 malam.

“Kami dibantu unit skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu melakukan pencarian di pesisir pantai berkenaan berhampiran lokasi selipar dan basikal mangsa ditemui.

“Mayat mangsa ditemui pada jarak 10 meter dari tempat dia dipercayai mandi oleh orang awam turut membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR),” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *