Bukti Istilah ‘Jaga Jodoh Orang’ Itu Wujud!

 

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT.  Boleh jadi kekasih yang sedang berjalan disebelah anda ketika ini bakal berkahwin dengan orang lain.  Atau, mungkin orang yang paling dibenci itu bakal menjadi suami/isteri anda.

Kes bercinta lama tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain itu telah menyebabkan wujudnya istilah ‘jaga jodoh orang’ di media sosial dan digunakan oleh remaja masa kini diseluruh dunia.

Seperti yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Indra Wanto.  Kisah yang terjadi kepadanya ternyata sepadan dengan istilah ‘jaga jodoh orang’ itu.

Ini kerana, Indra yang bekerja sebagai ‘purchasing officer’ terpaksa merelakan teman wanita yang telah dicintainya selama tiga tahun berkahwin dengan lelaki lain.

Indra menulis status di Facebook-nya, “Bukan jodoh saya, ya, saya doakan sakinah, mawaddah, warahmah dek. Terima kasih sebab pernah jadi kekasih saya yang istimewa selama 4 tahun.”

Jangan lupa cerita dengan anak awak yang saya pernah bahagia bersama awak. Awak bukan yang tercantik, tetapi awak selalu ada ketika jatuh bangun saya.  Jam awak selalu ada disisi saya.  Terima kasih dek, semoga sakinah sehingga ke akhir hayat.”

Status yang ditulis oleh jejaka bujang dari Cepu itu telah menjadi viral di media sosial, sehingga statusnya itu telah dikongsi lebih daripada 5 ribu kali.

Sementara itu, Indra sebenarnya telah bercinta dengan kekasihnya sejak bulan September 2013 lagi dan sepanjang tempoh 3 tahun bercinta, pelbagai kenangan indah mereka berdua telah tercipta.  Namun, keindahan cinta mereka itu telah berakhir pada tahun 2016.

Lalu, pada tahun 2017, kekasih Indra itu telah dipinang oleh lelaki lain dan mereka telah berkahwin.  Ouch!  Itu sangat menyedihkan. Sabar Indra jodoh awak masih menyorok di satu tempat. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *