China Jual Topeng Anti-Face ID Khas Untuk Pemilik iPhone X

Baru-baru ini Apple telah mengumumkan model iPhone terbaru mereka iaitu iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X yang luar biasa sehingga menjadi perbualan hangat disebabkan oleh teknologi Face ID-nya yang canggih dan dianggarkan berharga RM4, 200.

Dari segi keselamatan, Face ID yang dimiliki oleh iPhone X itu dikatakan adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan ID Touch yang digunakan pada model iPhone sebelum ini.

Malah, menurut laporan CNET, Apple mengatakan yang peluang untuk menipu Face ID adalah satu dalam sejuta, dimana ia adalah nisbah selamat berbanding dengan satu daripada 50 ribu orang rawak yang boleh mengunakan cap jari mereka untuk membuka kunci Iphone yang lama.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana Face ID itu berfungsi, berikut adalah penjelasannya:

  1. Telefon akan menyala pada wajah
  2. Paparkan 30 ribu titik inframerah untuk mencipta corak kasar pada wajah
  3. Ambil gambar dari titik itu mengunakan kamera inframerah
  4. Putuskan sama ada gambar itu kelihatan sama seperti anda bagi memastikan anda adalah pemilik telefon itu.

Namun, daripada berasa lebih selamat dengan ciptaan teknologi canggih itu, beberapa netizen berasa bimbang jika isteri mereka akan curi-curi membuka iPhone X mereka ketika mereka sedang tidur.

Bagi menyelesaikan kebimbangan itu, China telah menjual topeng anti-Face ID secara ‘online’ untuk memastikan pemilik iPhone X dapat tidur dengan selamat tanpa perlu berasa bimbang.

Topeng anti-Face ID itu boleh didapati dalam pelbagai corak termasuklah yang menutup seluruh muka bagi mereka yang memerlukan keselamatan maksimum, atau, untuk mereka yang masih ingin bernafas, terdapat juga topeng yang mempunyai lubang di bahagian mata dan mulut.  Di dalam laman yang menjual topeng itu, mereka menulis,

Topeng muka tidur ini boleh menghalang Face ID dari membuka telefon anda.  Ia adalah keperluan jika anda mengunakan iPhone X, jadi anda boleh tidur dengan nyenyak.

Harga bagi topeng anti-Face ID itu bermula daripada harga 46 yuan (RM 30) sehingga 99 yuan (RM63), dan jika anda tertanya-tanya, terdapat beberapa orang telah membeli topeng itu. Tetapi, yang menjadi persoalannya kini adalah adakah ia berfungsi. Ini kerena, menurut Apple, pra-pesanan untuk iPhone X hanya dimulakan pada 27 Oktober ini.

Kita tunggu dah lihat sahaja, jika berkesan mungkin topeng itu boleh dijual di Malaysia juga.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *