DAP dikecam oleh mangsa banjir kerana RM 400.

Bantuan kewangan sebanyak RM400 yang ditawarkan oleh kerajaan DAP negeri kepada mangsa banjir yang mengalami kerosakan harta benda, tidak mencukupi untuk menampung kerugian yang ditanggung, kata penduduk yang terlibat.

Abdul Ghafor Abdul Rahman, 52, yang menetap di Jalan P Ramlee, berkata banjir kilat yang berlaku pada 15 September lalu merupakan kali kesembilan melanda rumahnya.

“Saya menghadapi masalah banjir kilat sejak kebelakangan ini, dan telah mengalami kerosakan harta lebih daripada RM10,000.

“Pembayaran RM400 itu adalah jauh daripada nilai kerosakan yang sebenar dan mereka membuat proses permohonan begitu membosankan dan ianya tidak berbaloi dengan bayaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Seorang lagi penduduk di kawasan yang teruk dilanda banjir, T. Tamilchelvy, 34, berkata kerajaan negeri sepatutnya memberikan bayaran yang sepadan dengan kerosakan yang dialami, atau sekurang-kurangnya secara peratusan, dengan mengambil kira pendapatan isi rumah dan kerosakan yang dialami oleh setiap mangsa.

“Saya dan keluarga saya mengalami kerugian ribuan ringgit, tetapi DAP hanya memberi RM400 dan itu tidak mencukupi untuk membaiki kerosakan di rumah – apalagi kerosakan kepada perabot, peralatan elektrik dan kenderaan.

“Kami adalah keluarga berpendapatan rendah dan apabila banjir kilat melanda, kami menerima musibah yang paling teruk. Kerajaan negeri perlu mencari mekanisme dan cara penilaian yang lebih baik untuk membuat pembayaran, “katanya.

Tan Gaik Lee, 58, seorang penduduk Paya Terubong di sini, juga bersetuju bahawa RM400 yang diberikan oleh kerajaan DAP adalah sangat kecil.

“Saya tidak faham mengapa diberikan hanya RM400 yang terlalu sedikit itu kepada mangsa banjir.

“Rasanya kerajaan negeri tidak ikhlas, dan ini gimik lebih awal daripada pilihanraya umum,” katanya.

Tan berkata beliau dan suaminya hanya hidup mengharapkan pencen kakitangan kerajaan tiap-tiap bulan dan banjir kilat yang kerapkali berlaku ini telah menyebabkan kerosakan serius ke rumah mereka.

“Rumah itu adalah milik kami sendiri dan kami sangat selesa dengan apa yang ada sehingga lah banjir besar, yang merosakkan banyak perabot kami, termasuk kabinet dapur dan peralatan elektrik kami.

“Sekarang siapa yang akan membayar semua kos untuk kerja-kerja pembaikan?” soal beliau yang jelas kecewa dengan kerajaan DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *