DAP sokong pesta arak di Malaysia kerana demokrasi.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa jika DAP diberikan kuasa untuk memerintah, kesyumulan dan juga imej Islam di negara ini pastinya akan tergugat. Ramai yang sedia maklum bahawa DAP bukan sahaja berpotensi untuk menjahanamkan bangsa melayu, malah Islam juga akan diperlekehkan oleh mereka.

Ketika ini DAP hanya berkuasa di 2 negeri iaitu Pulau Pinang dan juga Selangor, tetapi sudah banyak kejadian-kejadian yang dilihat merendahkan martabat agama Islam dilakukan oleh pihak mereka.

Di Pulau Pinang misalnya, DAP secara sengaja mencampuri urusan fatwa Umat Islam sehingga menyebabkan kekecohan berlaku di negeri berkenaan. Urusan fatwa yang sepatutnya dijalankan oleh pemimpin-pemimpin Islam, telah disyaratkan agar memerlukan campurtangan pemimpin-pemimpin DAP di negeri terbabit.

Selain itu, pesta bogel dan juga penganjuran tayangan filem GAY juga berlaku di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP. Ini membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak sensitif dengan pegangan agama bangsa melayu yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Di beberapa negeri lain pula, DAP berulang kali mencetuskan pelbagai polemik apabila mengambil tindakan yang tidak sepatutnya membabitkan isu melayu dan Islam. Yang terbaru ialah berkenaan penganjuran pesta arak yang dijadualkan berlansung di ibu negara.

Parti rasis dan cauvinis DAP menegaskan mereka akan tetap meneruskan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual berlangsung di ibu negara 6 Oktober depan, meskipun menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan sebarang aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Dia yang menyelar bantahan PAS terhadap penganjuran itu meminta supaya bekas sekutunya itu memahami Malaysia sebuah negara majmuk yang tidak diduduki oleh PAS sahaja.

“Ini satu demokrasi jadi semua orang ada kebebasan untuk menentang tetapi orang lain juga ada kebebasan untuk menguruskan yang tidak menyalahi undang-undang.

“Jadi, dia juga kena fahamlah ini masyarakat majmuk. Malaysia ini bukan ada orang PAS sahaja, ramai orang bukan PAS dan majoriti lebih pada orang bukan PAS.

“Dia boleh teruskan protes dan kita boleh teruskan dengan aktiviti,” katanya seperti dilapor portal liberal, hari ini.

PAS sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada akan mengadakan protes terhadap penganjuran kali keenam pada tahun ini oleh syarikat arak, MyBeer (M) Sdn Bhd.

Ia bukanlah kali pertama PAS membantah acara seumpama itu. Pada 2014, parti itu lantang membantah penganjuran pesta ‘Octoberfest’. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *