Death Wish Coffee, Kopi Dengan Kadar Kafien Paling Tinggi Di Dunia

Bagi pecinta kopi, dapat menghidu bau aroma kopi ketika di-‘brew’ sudah memberi satu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan.   Selain bau dan rasa, kadar kafien juga perlu dipertimbangkan ketika membeli kopi.

Dan, jika anda rasakan yang kafien yang terdapat di dalam kopi yang anda sering minum itu tidak terlalu kuat anda tiada sebarang kesan kepada badan anda, mungkin anda boleh cuba satu air kopi yang dikatakan mempunyai kadar kafien paling berbahaya di dunia.

‘Death Wish Coffee’ yang dihasilkan oleh sebuah syarikat di New York dikatakan sebagai air kopi yang paling “terkuat” di dunia kerana mengandungi 200% kafien. Jumlah kafien yang setinggi itu telah didapati melalui proses pemilihan biji, teknik memanggang yang istimewa dan beberapa cara terbaik yang lain dan akhirnya terhasilah air Death Wish Coffee.

Namun, baru-baru ini Agensi Pengawal Makanan dan Ubat di Amerika Syarikat atau lebih dikenali sebagai FDA telah menghentikan penjualan air Death Wish Coffee itu dengan alasan pembungkusannya.

Mereka mengaitkan bungkusan air itu dengan penyakit botulism. Penyakit yang berlaku disebabkan oleh racun reaksi daripada kimia dengan kandungan kopi rendah asid di dalam pembungkusan yang rendah oksigen.

Menurut Buzzfeed, beberpa pelanggan setia Death Wish Coffee menyatakan yang penarikan besar-besaran FDA itu tidak akan mempengaruhi mereka. Manakala, di dalam laman rasmi mereka, syarikat kopi itu menyarankan pengguna yang telah membeli minuman itu di dalam tin supaya tidak meminumnya.-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *