Delta Airlines Bayar RM16,756 Kepada Penumpang Yang Berikan Tempat Duduknya

Seorang penumpang pesawat Delta telah menunggu sehingga satu detik yang tepat untuk menyerahkan tempat duduknya di dalam pesawat padat daripada Atlanta ke South Bend, Indiana.

Tracy Jarvis Smith sanggup melepaskan tempat duduknya di dalam satu pesawat untuk harga $4,000 (RM 16,756) kerana tahu syarikat penerbangan itu akan menaikkan tawaran mereka kepada penumpang untuk menyerahkan tempat duduk mereka disebabkan tiada sesiapa yang mahu mengalah.

Smith telah menyaksikan krew penerbangan Delta berunding dengan penumpang di dalam satu pesawat yang tersangat padat dengan peminat Georgia Bulldogs daripada Universiti Georgia yang mahu melihat pasukan mereka berlawan menentang Norte Dame.

Pada awalnya, Delta telah menawar seorang $2,200 (RM 9,215), tetapi, oleh sebab tiada sesiapa di dalam pesawat itu yang sanggup mengambil risiko untuk kehilangan satu minit dari perlawanan itu, tawaran itu kemudian bertambah menjadi $4,000.

Smith akhirnya bersetuju menerima tawaran itu dan meninggalkan tempat duduknya di dalam pesawat itu. Dia hanya boleh terbang dan mendarat lapan jam lebih dari masa dia sepatutnya tiba. Namun, Smith yang sedang dalam perjalanan berjumpa dengan suami dan anaknya di perlawanan itu, tetapi berasa sangat bertuah kerana berjaya tiba ketika perlawanan masih berlangsung bersama wang penerbangan tambahan di dalam poketnya.

Dia akan mengunakan wang $4,000 itu untuk membawa suaminya ke Hawaii dengan mengambil penerbangan kelas pertama. Sepanjang tahun lalu, industri penerbangan telah menawarkan pampasan secara agresif kepada penumpang untuk melepaskan tempat duduk mereka ketika pesawat terlalu padat demi mengelakkan mimpi ngeri perhubungan awam.

Sebelum ini, pada April lalu, seorang doktor telah dipaksa keluar daripada penerbangan United Airlines.  Wajah doktor malang yang dipaksa keluar daripada pesawat itu dipenuhi dengan darah kerana dia telah dipaksa meninggalkan pesawat mengunakan cara fizikal. Dan, itu adalah satu mimpi ngeri untuk syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Smith ternyata sangat bertuah kerana selain daripada mendapat tiket penerbangan percuma, pasukan kegemarannya, Georgia Bulldogs juga telah memenangi perlawanan itu dengan 20-19. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *