Derita Penyakit Lupus, Kawan Baik Derma Buah Pinggang Pada Selena Gomez

Penyanyi pop terkenal, Selena Gomez telah mengejutkan peminatnya di seluruh dunia apabila telah memuatnaik gambar beserta kapsyen yang menjelaskan bahawa dirinya telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang.

screen-shot-2017-09-15-at-12-48-03-pm

Tulis Selena dalam kapsyennya itu, beliau peka dengan keprihatinan peminatnya yang bertanyakan kepada pada musim panas lalu, beliau tidak mempromosikan muzik terbarunya walhal beliau sangat berbangga dengan muzik barunya.

screen-shot-2017-09-15-at-12-50-49-pm

Katanya sepanjang waktu dirinya senyap seketika dari dunia hiburan, beliau terpaksa menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang yang merupakan rawatan untuk penyakit Lupus yang dihadapinya.

screen-shot-2017-09-15-at-12-49-08-pmscreen-shot-2017-09-15-at-12-49-18-pm

Lebih mengharukan apabila teman baiknya sendiri, Francia Raisa yang sanggup berkorban menderma buah pinggangnya kepada Selena.

screen-shot-2017-09-15-at-12-54-32-pm

Gambarnya itu telah mendapat lebih dari 7 juta (Likes) dan beratus ribu komen dari peminatnya di seluruh dunia.

Ramai yang memuji pengorbanan Francia yang disifatkan seorang sahabat sejati kerana sanggup mendermakan buah pinggangnya untuk Selena.

Semoga kalian berdua cepat sembuh dan hidup gembira seperti biasa.

 

sumber : suriafm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *